|
Idea membuat website Kemahiran Hidup sebenarnya bermula apabila sekolah saya tercicir daripada mendapat buku teks Kemahiran hidup tingkatan satu (2004). Oleh kerana sukarnya mengajar tanpa pelajar memiliki buku teks, lalu saya mula membina halaman-halaman web satu demi satu mengikut tajuk yang diajar. Saya turut membina laman-laman latihan dan latih tubi secara online. Terfikir pula difikiran saya apalah salahnya jika laman web yang saya bina itu dikongsikan oleh semua guru yang mengajar kemahiran Hidup di atas muka dunia yang fana ini. Mudah-mudahan saya akan memperoleh pahala disisi Allah di akhirat kelak.
Saya berharap dan mengizinkan web ini dapat digunakan dalam meringankan tugas guru, menjimatkan masa dan menarik perhatian pelajar terhadap Mata Pelajaran kemahiran Hidup. Guru-guru sekelian boleh mencetaknya untuk edaran pelajar dan menggunakan secara terus melalui komputer bimbit dan akses internet. Saya pernah menghadapi sekatan terhadap web (www.freewebs.com/kemahiranhidup) tersebut dibekukan sehinggalah ke tarikh 2 April 2008. Kini saya terpaksa bermula sekali lagi membina web tersebut. Mudah-mudahan Allah taala memberikan kelapangan dan kemudahan untuk menyiapkan web ini.
Usaha akan dilakukan untuk membangunkan semula web kemahiran hidup dengan memfokuskan kepada sukatan tingkatan tiga. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kesempatan dan peluang untuk meneruskannya.
|